Semester baru pengajian di universiti, saya perlu mendapatkan beberapa buku baru yang menjadi teks penting pengajian. Buku-buku yang diperlukan itu pula, tebal-tebal belaka. Harganya pula sudah tentulah agak tinggi dan berpotensi mengeringkan poket.
Mujur saya diberitahu teman-teman bahawa ada antara buku-buku itu yang boleh saya dapatkan di perpustakaan. Buku-buku itu bukan hanya boleh dipinjam untuk dijadikan rujukan, malah ada di antaranya yang boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah. Mungkin kerana mereka punya lambakan buku itu yang tidak mampu dimuatkan di rak-rak perpustakaan.
Minggu lepas, saya ke perpustakaan untuk membelinya. Malangnya stok yang diberitakan banyak itu rupa-rupanya tidak mencukupi dan perlu diambil lagi dari stor simpanan. Saya disuruh kembali dalam masa 20 minit sementara menunggu proses itu berlaku. Namun, saya terlewat hampir 2 jam. Lantas terus memulakan langkah ke perpustakaan. Dan saya diberitahu buku itu hanya akan dijual kembali pada hari Isnin minggu seterusnya.
Semalam hari Isnin, saya sekali lagi saya ke perpustakaan. Malangnya, pegawai yang mengawal selia operasi itu tiada di ditu. Saya diminta hadir kembali keesokannya. Pagi ini, pagi hari Selasa. Sekali lagi saya akan mengatur langkah ke perpustakaan. Saya menantikan sesuatu yang positif.
Kalau hari ini juga berlalu seperti hari-hari sebelumnya dan buku itu masih tidak menjadi milik saya, cukuplah setakat itu. Boleh saja saya katakan tahap profesionalisme perkhidmatan perpustakaan masih lemah. Saya tidak mahu beremosi, saya ingin menerimanya dengan hati yang terbuka. Tapi, tentunya tiada perubahan yang akan berlaku jika saya tidak disokong sedikit hujah rasional bercampur amarah terhadap ketidakcekapan itu.
Ini pengajaran besar. Anak muda yang berdiam diri melihat sistem yang pincang hanya akan menambahkan kepincangan itu. Sekarang masa untuk bertindak!




