Aku akan pergi. Walau ia tidak jauh, aku perlu angin baru. Aku mahu keterujaan itu kekal dalam rangka pemikiran yang jelas meski adakalanya ia dipandu emosi.
Selamat tinggal semua. Aku tidak meninggalkan apa-apa. Cukuplah dengan kenangan bahawa aku pernah mencoret rasa di ruang ini. Moga apa yang aku luahkan itu akan menjadi saksi betapa aku cuba untuk memartabatkan maruah dan harga diri.
Mungkin juga, ruang ini akan kekal sepi. Aku tidak mahu lagi membuat sesuatu tanpa saluran tenaga yang menyeluruh terhadapnya. Andai ruang ini sepi nanti, aku ingin sekali catatan-catatan lampau kembali diperhati. Aku perlu maju. Tapi sejarah harus ditinjau kerana ia bukan fakta yang boleh ditipu.
Selamat tinggal semua. Aku mohon didoakan keselamatan dunia dan diakhirat sana. Moga ada kesempatan-kesempatan lain untuk kita kembali bertemu. Aku mengharapkan ia begitu.
Apa pun, kalau ada yang rindu, jenguk-jenguklah aku selalu. Aku tahu, aku bukan siapa-siapa. Tapi kalian tentu punya naluri rasa untuk merasainya. Aku akan menghidupkan cinta baru yang aku harap ianya luhur dan benar-benar untuk aku.
Aku hanya anak muda biasa. Tapi aku tidak mahu lari bercempera berdepan permasalahan mega dunia. Dan kerana itulah aku ingin terus bersama kalian di sana supaya kita dapat sama-sama menghadapinya.
Aku pergi dulu. Selamat tinggal semua.

Januari 22, 2009 pada 6:15 am
kenapa anak muda ini tiba2 berubah angin ke blogspot eh?