Sang Murabbi

Disember 1, 2008

Selepas dikecewakan kehambaran penceritaan Ayat-Ayat Cinta, nafas baru yang dihembus melalui Sang Murabbi benar-benar memberi erti. Mulanya dulu, Ada Apa Dengan Cinta yang pertama memberi rasa. Ia diperkenalkan kepada saya oleh kakak.

Ada kelainan yang dibawa filem baru ini. Memuntahkan kembali ingatan pada sisi terpuji sosok seorang pendakwah bukanlah hal yang mudah. Semuanya harus kelihatan sempurna tanpa cela. Walaupun tidak semua manusia mengakui bahawa Tuhan itu Esa, sisi mulia Rahmat Abdullah bagi saya layak untuk diteladani meski ia tidak dilihat daripada sudut pandang agama.

Ia menyantuni segenap masyarakat. Bermula dengan sapaan lembut terhadap jiran-jirannya sehinggalah ia terpilih ke Dewan Permesyuaratan Rakyat, Rahmat Abdullah bagi saya merupakan lambang konsistensi dan membawa contoh keazaman yang sangat tinggi. Risalah Islam yang disebarkannya tiada lain untuk mengangkat martabat umat.

Pengajarannya pelbagai. Catatan ringkas seperti ini tidak mungkin mampu mengungkap makna yang tersirat dan berselirat dalam perjalanan panjang Syaikh Tarbiyah ini. Dan di akhirnya, saya melihat tangisan. Bagaikan hujan yang juga sebenarnya sedang turun saat itu, pemergian Rahmat Abdullah ditangisi dan dengan berat dibiarkan pergi.

Ya. Semuanya kerana ia adalah Sang Murabbi.

Seorang guru, juga sahabat yang tidak pernah membiarkan hidupnya kosong tanpa isi untuk mendidik umat ke arah agama yang ia cintai.

Al-Fatihah buat Ustaz Rahmat Abdullah.

3 Respons kepada “Sang Murabbi”

  1. aizam Berkata:

    salam anak muda~

    saya telah nonton cerita itu, subhanallah, pengarapan jalan ceritanya sangat hebat.. beliau contoh terdekat kita di Malaysia sbg jiran, melihat bgaimana seorang dai’ yg cukup dedikasi dlm menyampaikan dakwah.

    inilah sifat yg harus kita teladani.. agama baginya urusannya, tidak ada apa apa yg mampu halang beliau dari terus mengangkat islam di tanah airnya..

    Muga beliau di sisi mereka kereka yg dikasihi Allah s.w.t Amin!!

    p/s: saya suka cerita ini :)

  2. gerektua Berkata:

    sy membaca novelnya kemudian baru menonton… pada pendapat saya filem yang dihasilkan agak lari dari gambaran penulis dalam novel..

  3. hanif amir Berkata:

    Sdr. Aizam, saya sependapat dengan sdr. Sang Murabbi menyerlahkan semangat dan keazaman. Saya yakin ramai yang mendapat nafas baru melalui filem ini.

    Gerektua, benarkah begitu? Oh. Tidak tahu pula saya Sang Murabbi juga diadaptasi daripada novel.


Tinggalkan jawapan