Arkib bagi Ogos, 2007

Sebuah tafsiran perang..

Ogos 22, 2007

“kedamaian adalah manifestasi sebuah percintaan..”

Menyedari hakikat kehidupan samalah seperti berada dalam sebuah kepompong rerama.Kita akan sentiasa berada dalam lingkungan kasih sayang dan penjagaan daripada terus diancam anasir-anasir durjana.Seperti juga rerama yang bebas terbang di ruang udara,kita juga akan dapat menikmati kebebasan kurniaan pencipta.

Namun,hakikat kehidupan dewasa ini terlalu jauh berbeza.Manusia tidak lagi peduli pada teriak suara yang minta dikasihani dan dibelai manja.Tiada lagi rundingan mesra kerana mereka hanya memahami bahasa sengsara.Bahasa yang dilafazkan olah jiwa yang telah lama memendam rasa.

Saya tersentak ketika menonton sebuah dokumentari mengenai perang dunia ke-2.Manakan tidak,saya langsung tidak pernah terfikir bom atom yang digugurkan Amerika di Hiroshima dan Nagasaki telah membunuh lebih daripada 50,000 nyawa hanya dalam masa dua saat pertama letusannya.

Kesan bom tersebut ratusan saat selepas itu tentulah lebih memilukan.Hampir 500,000 ribu nyawa terkorban dan jutaan lagi terseksa dan akan terus menjadi korban bencana.Jelasnya,perang mewajarkan tindakan biadap dan zalim terhadap manusia.Disebabkan kegilaan pada kuasa,kita sanggup menggadaikan naluri kemanusiaan yang telah lama tersemai di jiwa.

Akhirnya kita mungkin akan ralat kerana diciptakan tuhan sebagai manusia.Mungkin ada antara kita yang lebih suka menjadi rerama yang terus tinggal dalam kepompong yang memisahkannya dari dunia.Sedarlah,perang adalah bencana dan penolakan terhadap perang adalah tugas mulia.Kita punya kuasa untuk menghapuskan bahasa sengsara.

 

 

Memori dari Ophir..

Ogos 18, 2007

Mengapa kita sering mentafsir cinta melalui airmata dan penyesalan?Usah bohong.Lihat saja tangisan gadis belasan tahun dan ibu-ibu mereka seusai menonton layar.Mengapa airmata yang titis itu tidak pernah cuba ditafsir dengan cinta yang lebih mendalam dan punya erti yang sukar difahami.

Cinta punya makna tersendiri.Kita tidak dapat menafikan cinta juga telah mempertemukan Adam dengan Hawa(maksud saya cintanya pada Pencipta).Tanpa cinta,mana mungkin Taj Mahal akan terus berdiri.Mendengar kisah-kisah ini,kita akhirnya akan terus mentafsir cinta dengan airmata.

Ketika di Ophir,cinta tidak langsung ditafsir seperti biasa.Cinta di Ophir memperlihatkan keunggulan semangat dan cita-cita.Cinta itu juga tidak pernah dibatasi rasa takut dan gentar.Ringkasnya,cinta yang disemai di Ophir adalah manifestasi kepada keutuhan jati diri dan rasa berani.

Walaupun Ophir mencabar jasad dan minda manusia,cinta itu tetap kukuh dan terus menyala.Ophir dan persahabatan merupakan dua perkara yang berbeza.Tapi saya harus bersyukur kerana cinta di Ophir rupa-rupanya telah lama tertanam dalam persahabatan.Sehingga kini seperti juga di Ophir,cinta itu terpahat kukuh dan terus menyala.

Semoga semangat Ophir akan terus dihayati.Kita tidak memerlukan cinta dan airmata tetapi cukuplah dengan semangat Ophir dan sebuah persahabatan suci.

*Nota ini dikarang khas buat teman-teman seperjuangan sejak lama dulu.Terima kasih atas kiriman ucapan hari lahir dan jangan pula lupa kirimkan juga doa untuk saya.Terima kasih semua!

*Ophir ialah nama Gunung Ledang dalam bahasa Yahudi kuno.Saya pernah menawan puncaknya bersama teman-teman beberapa tahun lalu.Tapi memang benar Ophir memupuk persahabatan dan kasih sayang yang tinggi.

Di celah sosok sarjana..

Ogos 16, 2007

Saya bukan seorang sarjana atau pemikir yang mengkaji buku-buku tebal tentang falsafah.Saya juga bukan pakar teologi yang rancak berbicara perihal agama.Untuk menjadi seorang ekonomis pula langsung tidak pernah terlintas di kepala.Namun saya tidak gusar,saya hadir ke persidangan ini sebagai seorang hamba kepada pencipta.Sama seperti para sarjana,teologis dan ekonomis tadi.

Saya tidak perlu berfikir lama sebelum bersetuju untuk mendaftar nama sebagai peserta.Tidak mungkin saya akan melepaskan peluang untuk bersama memukul genderang perang!Jika ingin berkelana seorang diri menyertai persidangan ini,saya harus mengorbankan wang.Bagi marhaen seperti saya,mengorbankan RM500 untuk membayar pendaftaran persidangan antarabangsa seperti ini adalah kerja gila.

Saya wajib pergi.Berkelana dari Melaka ke PWTC.Lalu,bersama teman-teman sedelegasi,kami memulakan kembara.Kembara yang jauh berbeza kerana ia harus merentasi ruang fikir anak muda biasa.Kembara untuk menghadam persoalan dunia tentang jagat raya yang kian binasa.

Persidangan selama dua hari ini merupakan kesinambungan kepada persidangan sama yang dianjurkan setahun sebelumnya.Persidangan yang bertemakan Unity for Peace ini diadakan bersempena dengan International Islamic Fair 2007 dan menghimpunkan ramai sosok-sosok hebat dari seantero dunia.Saya?Saya hanya anak muda biasa yang tidak punya apa-apa.Namun saya bukan bangang untuk terus diam ketika ummah sedang diganyang.

Sedang saya menggigil dalam kesejukan dewan persidangan(Rafay Faruqi juga mengeluh tentang kesejukan walaupun dia orang London!),saya bermonolog sendiri.Mengapa saya hadir ke persidangan ini?Akhirnya “kecerdikan” saya menjawab bahawa penentangan hanya boleh dilakukan jika didasari dengan kefahaman.Mungkin itu sebabnya saya berada di sini.

Jadual yang bermula pagi padat sehingga petang.Saya disuap dengan permasalahan yang melanda ummah.Bermula dengan perihal ummah, ditokok pula dengan ekonomi,keganasan,politik,media dan seni.Semuanya harus berteraskan Islam.Saya mengerti.Tidak mungkin tuhan menurunkan Islam ke bumi kalau agama ini hanya berkisar tentang solat semata-mata.Bukankah agama satu cara hidup?

Pada hari terakhir persidangan,saya terlambat menaiki van untuk pulang.Saya tidaklah dimarahi anggota delegasi.Namun mereka seolah-seolah ingin cepat kembali ke universiti.Entahlah,mungkin persidangan itu membuatkan mereka tidak sabar untuk berdakwah dan menyebarkan kefahaman kepada teman sekuliah.

Pulang dari persidangan,saya masih tidak berubah.Saya anak muda biasa.Bukankah anak muda seperti saya lebih suka berhibur dan membiarkan ummah derita?Jika ada yang berfikir begitu,mereka memang anak muda biasa.Saya yakin mereka akan terseksa.Bukan kerana banyaknya dosa,tapi kerana mereka manusia buta dan kaku melihat ummah dirundung sayu!

Nota pasca bencana..

Ogos 16, 2007

Kita sering mengimpikan keamanan dan kedamaian wujud di muka bumi.Mungkin impian itu lahir kerana kita tidak sanggup lagi melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh segelintir warga dunia.Namun kita harus sedar bahawa keamanan dan kedamaian hanya akan hadir jika kita bersuara!

Menyatakan penolakan terhadap penindasan adalah satu usaha berani.Lebih-lebih lagi jika isu yang dibangkitkan berkaitan dengan Islam.Sikap barat yang sengaja melabel Islam dengan keganasan merupakan satu bukti nyata yang memperlihatkan ketakutan mereka terhadap kekotoran tangan mereka sendiri.

Barat tanpa rasa bersalah mewujudkan Islamofobia dalam kalangan masyarakatnya.Hal ini diburukkan lagi dengan sikap masyarakat Islam sendiri yang langsung tidak cuba memahami agenda-agenda besar dunia yang didalangi Yahudi.Rejim zalim Zionis bukan saja telah merampas tanah pusaka Palestin,mereka juga sebenarnya punya agenda yang lebih besar dari itu.Zionis ingin merajai dunia.

Sebagai umat Islam,kita seharusnya peka tehadap nasib saudara-saudara seagama di seluruh dunia.Tanpa suara dan usaha daripada kita,rakyat Palestin akan terus menjadi korban yang tidak berharga bagi Zionis.Iraq pula akan terus diselimuti darah marhaennya.Hal yang sama juga akan terus berlaku di Kashmir,Chehnya,Darfur,Bosnia dan sebagainya.

Persoalannya kini,di mana kita?Selagi kita tidak cuba untuk mendengar letupan mortar dan ngauman kereta kebal milik barat dan sekutunya,maka selagi itulah kita akan terus tenggelam dalam bingit muzik kelab-kelab malam.Tanpa sedar,kita dibunuh oleh hedonisme.Laungan ketika kita menyatakan pendirian terhadap keganasan juga mungkin telah ditelan bingit kapcai anak muda di jalanan.

Kita akan dipertanggungjawabkan atas segala kelakuan kita di bumi.Manusia hidup dengan memikul beban amanah dan tanggungjawab.Mahukah kita dicampakkan ke dalam bara Jahannam disebabkan ketidakpedulian kita terhadap ummah pada hari ini.Bagi manusia yang berakal jawapannya sudah tentu tidak kerana kita sebenarnya punya daya untuk membuat sesuatu.

Janganlah terus terlena sedangkan jutaan saudara kita di seluruh dunia sedang sengsara.Mereka menantikan kita-warga dunia yang lantang dan tidak gentar berdepan rejim penguasa.Namun kita harus sedar bahawa usaha mewujudkan keamanan bukan tugas mudah.Yang pasti,usaha ini perlu didasari oleh kefahaman dan kecintaan kita kepada ummah.

*ditulis bersempena IIF2007 CONFERENCE:UNITY FOR PEACE

Terima kasih “uncle”!

Ogos 16, 2007

Saya harus berbangga kerana saya berbangsa melayu.Sejak dulu,bangsa melayu dikenali kerana keluhuran budi dan mempunyai kesopanan yang membuatkannya dihormati.Bahasa yang dituturkan oleh bangsa saya ini juga suatu masa dahulu merupakan lingua franca para pedagang seantero dunia.Maka itu,saya harus berbangga.

Mengimbau kembali masa lampau mengingatkan saya pada Kesultanan Melayu Melaka.Saya tertanya-tanya bagaimana bahasa pertuturan saya ini dapat dijadikan bahasa utama walaupun terdapat 84 jenis bahasa yang digunakan pedagang dan utusan dari seluruh dunia ketika itu.Mungkinkah keluhuran budi dan tingginya hemah bangsa melayu telah berjaya memaut hati bangsa-bangsa lain?Saya tidak pasti.

Saya tidak mahu membuat kesimpulan melulu.Namun saya terpaksa menelan pahit hakikat bahawa bangsa saya ini memang telah hilang nilai kesopanan dan kesantunan terhadap bangsa lain dan tidak terkecuali juga teman-teman yang sebangsa dengan mereka.Buktinya?Lihat saja wajah-wajah masam yang tidak mahu mengukir senyum di sekeliling kita.Bukankah mereka berbangsa melayu?

Biarkan dulu persoalan itu.Saya ada cerita untuk dikongsi bersama.Semalam saya ke kedai gunting.Walaupun agak jauh,saya gagahi juga untuk melangkah kerana saya sedar saya tidak boleh terus menjadi orang melayu yang sentiasa saja mahu mengeluh dan mengalah.Akhirnya setelah hampir longgar lutut,saya tiba ke destinasi.

 Kedai gunting itu hanyalah kedai gunting biasa.Mulanya tiada apa yang istimewa.Tidak.Saya silap.Sesampainya saya disana,saya terus disapa mesra seorang tukang gunting yang bukan sebangsa dengan saya.Tapi saya kagum.Lelaki ini punya hemah yang tinggi dan harus dicontohi.Senyumannya berseri dan bererti.

 Ketika gunting dan mesin rancak menari,saya cuba memulakan bicara.Lelaki ini membalas setiap pertanyaan saya walaupun kadangkala dia kelihatan tercari-cari ayat yang dapat memudahkan saya untuk mengerti.Daripada tutur katanya itu,saya dapat meneka bahawa lelaki ini bukan melayu.Saya juga yakin dia tidak senegara dengan saya.Dia bukan orang Malaysia.

 Saya tidak tahu dari mana datangnya lelaki ini.Mungkin dari sebuah negara kaya Kesatuan Eropah dan mungkin juga dari sebuah negara yang taksub dengan filem-filem cinta yang ditegah(saya lupa tajuk filem ini,tapi banyak sekali).Biarlah dari mana pun asalnya lelaki ini.Kesopanan dan layanannya yang penuh hormat walaupun pada anak muda seperti saya telah memecahkan sempadan negara.

 Saya berbangga lagi.Kali ini bukan kerana saya orang melayu.Saya berbangga kerana dapat bertemu seorang lelaki yang membuktikan pada saya kesantunan dan kesopanan sesama manusia sebenarnya belum mati.Setelah siap semuanya saya berlalu pergi sambil berterima kasih.Lelaki itu juga sama.

 Isunya bukanlah sebuah senyuman dan ucapan.Saya ingin bercerita tentang rasa hormat,sopan dan kesantunan.Malangnya dewasa ini,nilai-nilai kemanusiaan yang ditunjukkan lelaki tadi tidak dapat saya lihat dalam bangsa saya sendiri.Anak bangsa saya lebih suka memaling muka tanpa sepatah kata yang saya sendiri tidak tahu mengapa.

Akhirnya,saya tiada apa yang dapat dibangga.Saya akan terus menagih kesopanan dan kesantunan itu dalam ilusi dan imaginasi.Atau mungkin juga saya harus ke kedai gunting tadi setiap hari bagi memperlihatkan kepada lelaki si tukang gunting itu bahawa bangsa saya sebenarnya bukan begitu.Saya yakin.Bangsa saya bukan begitu.Maaf Hang Tuah.Bangsa kita bukan begitu..

Khatib itu berbeza..

Ogos 16, 2007

Hari tidaklah terlalu memberi makna pada manusia.Setiap hari yang dilalui bagi mereka hanyalah langkahan untuk terus maju.Mereka mengumpul harta semahunya dan tidak langsung rasa berdosa pada pencipta.Manusia mungkin hanya berubah jika ditakdirkan tuhan hari selepas hari ini merupakan Hari Raya dan sambutan tahun baru.

Hari ini tuhan mentakdirkan kedatangan Jumaat.Ya!Hari ini Jumaat.Hari di mana Adam disingkir tuhan dari syurga.Jumaat juga mungkin hari yang ditetapkan tuhan untuk kita semua mati dan pergi bertemuNya.Bagi segelintir manusia,hari ini adalah hari biasa dan tidaklah terlalu istimewa.

Jika begitu fikir mereka,nyata mereka silap.Jumaat diciptakan tuhan dengan sangat istimewa.Boleh saja jika ada sesiapa yang mahu berwacana tentangnya.Saya bersedia.Tapi hari ini saya tidak mahu bicara tentang itu.Saya ingin bicara tentang seorang khatib muda di sebuah masjid yang tidaklah terlalu tua berkhutbah dengan cara yang sangat berbeza.

Khatib ini hanya bicara tentang Al-Quran.Sebuah kitab lama yang memuatkan firman tuhan kepada manusia.Mesejnya jelas dan tidak pula meleret-leret entah ke mana.Tapi khatib ini nyata berbeza.Dia berdiri di atas mimbar menghadap ratusan muslim yang kian lena dibuai dunia.

Mulanya dia bicara seperti biasa.Dia memuji tuhan dan sentiasa mengingatkan pembalasan.Dia bermula sebagai khatib biasa yang hanya membaca teks di depan mata.Tapi itu tidak lama.Khatib ini akhirnya menyampaikan khutbahnya dalam gaya bercerita.Lagaknya seperti seorang teman yang rapat dengan sahabatnya.

Khatib ini bukan seperti khatib biasa yang mengejar masa menghabiskan bacaannya.Dia berkhutbah dalam gaya santai dan bicara dengan nada yang “gembira”.Berada di masjid sambil mendengar khutbahnya ketika itu,kita pasti akan berasa senang sekali.Ilmu dapat diingati dan kalam tuhan juga bersemadi dalam diri.

Namun masih ada jemaah di masjid itu terlena sendiri.Matanya tertutup rapat.Mungkin juga mereka sedang cuba menghayati ayat-ayat suci bacaan khatib tadi.Itu perkara biasa bagi seorang muslim yang memandang enteng pada agama.Semoga tuhan mengampuni mereka.

Mungkin di masjid-masjid lain ada juga khatib seperti ini.Seorang khatib bukan ibu yang perlu mengejutkan anak yang lena dalam dukungannya ketika menyidai baju di ampaian.Mereka juga bukan guru yang merotan murid kerana tidak memberi tumpuan.Mereka hanya khatib biasa yang punya amanah menyampaikan wahyu tuhan dan memberi pesan.

Alangkah baiknya jika khatib seperti ini dapat dicontohi.Tapi kita tetap tidak dapat memberikan jaminan bahawa tiada lagi jemaah yang akan bermimpi ketika khatib melaungkan ayat-ayat suci.Kita memang begitu.Sentiasa mahu hidup dalam dunia tersendiri.

Mereka hanya mampu bermimpi..

Ogos 16, 2007

Hening malam mengingatkan manusia tentang kedamaian dan keamanan dunia.Mungkin juga hening malam mampu merangsang cinta pada pencipta.Malam ini masih tenang.Tiada alasan untuk tidak mensyukuri nikmat keheningan malam yang diberi tuhan.Tapi hening itu hanya di sini.Entah mengapa kadangkala kita terfikir mengapa kita punya keistimewaan yang tiada tara.

Nun jauh di sana,lebih tepat lagi Gaza,Jenin dan Tebing Barat tidak seperti kita.Hening malam pada mereka ialah letusan mortar dan dentuman tomahawk dari Apache.Mereka juga mungkin mentafsir hening malam sebagai bunyi rengekan anak kecil yang minta disusui dan tangisan si abang kerana belum menjamah nasi.

Mereka tidak punya sesiapa.Kita tak perlu gusar tentang itu.Jika lapar,dail saja rangkaian makanan segera.Lebih tepat lagi McDonalds,KFC dan juga Shakey’s.Kita juga tentu akan dahaga.Arh!Masih ade Coke dan Pepsi di dalam peti.Jangan risau.Kita bukan  warga Palestin.

Warga Palestin hidup dalam keharuman darah mujahid yang syahid.Tapi kita?Barangkali kita juga begitu.”Bukankah kita bersaudara?” getus mereka.Malang buat kita.Akal telah beku ditarbiyah penjajah.Mata pula buta terkena sihir penguasa.Akhirnya,kita tetap bersorak riang meraikan hening malam di kelab-kelab hiburan yang menyemai dosa.

Sampai bila hening malam ini akan bertahan adalah persoalan yang harus dijawab setiap insan.Namun kita sebenarnya semakin biadap dan zalim pada saudara sendiri.Menyumbang wang kepada syarikat-syarikat kroni kerana memikirkan tembolok sendiri samalah seperti menarik picu M-16 yahudi.Kita juga pembunuh.

Warga Palestin akan terus begitu.Hidup dalam sengsara dan duka demi maruah dan harga diri.Manakala kita pula berbangga dengan dunia tanpa menyedari kita sebenarnya telah ditelanjangkan elit penguasa.Mereka polis dunia yang boleh mendabik dada.Usah bicara tentang maruah.Maruah dan harga diri itu telah lama punah.

Kita menunggu siapa?Yahya Ayyash telah lama mati.Ahmad Yassin dan Aziz Rantissi pula tak mungkin dapat bangkit kembali daripada lena bertemu Ilahi.Kita tak punya sesiapa.Kita hanya punya keimanan yang kian hancur hari demi hari.Ya!Ia hancur hari demi hari.Mungkin kita masih punya masa.Jangan kaget.Teruslah menghirup angin di hening malam yang sepi.

Maaf warga Palestin.Kami hanya mampu membisu kerana ramai diantara kami sebenarnya hidup tanpa hati lantaran hati itu telah lama mati.Menyembah Yahudi dan Nasrani.